LSK Module
-
Bagaimana nak memuat semula data LSK?
- Selepas anda tekan “simpan dan hantar”, aplikasi akan simpan rekod data dan juga gambar.
- Apabila rekod telah disimpan, senarai akan terpapar dalam transaksi(belum muatnaik).
- Anda perlu klik butang berbentuk awan. Selepas selesai upload senarai dalam transaksi (belum muatnaik) akan pergi ke transaksi (selesai muatnaik).
- Sila rujuk di paparan transaksi
-
Bagaimana jika LSK telah masuk kedalam transkasi (selesai muatnaik) tetapi gambar/data tiada?
Jika anda sudah selesai memuatnaik LSK, tetapi gambar/data masih tiada, anda boleh reupload dengan menekan butang awan di kiri senarai lsk di paparan Transaksi (selesai Muatnaik)
Untuk rujukan yang lebih lanjut sila klik Transkasi -
Bagaimana jika tiada akses ke server?
Jika anda mahu login, dan tiada akses ke server:-
- Anda perlu check rangkaian internet anda.
- Anda perlu melihat quota anda. Selalunya telco akan bagi quota unlimited kepada media social bukan kepada aplikasi yang lain.
-
Adakah LSK longkang kena buat Sebelum dan Selepas ke?
Ya. LSK longkang sahaja perlu buat sebelum dan selepas.
-
Merujuk soalan 109, selepas buat sebelum, macam mana nak buat selepas? nak tekan kat mana?
Untuk buat LSK Selepas :-
- Klik butang LSK
- Klik LSK Online
- Senarai LSK SB akan terpapar
- Klik LSK yang anda ingin buat
-
Saya mempunyai 1 ID dan sudah melakukan LSK. Apa akan terjadi pada gambar-gambar LSK yang telah saya lakukan sekiranya saya daftar dan login ID tersebut pada telefon yang lain?
Sekiranya ID itu didaftarkan pada telefon yang lain, gambar-gambar tersebut masih ada pada telefon yang lama sahaja. Gambar-gambar tersebut tidak dipindahkan ke telefon yang baru. Adalah disarankan agar pengguna tidak menukar telefon melainkan perlu contohnya telefon yang digunakan didapati rosak.
-
Storan di telefon saya hampir penuh. Bolehkah saya padamkan gambar-gambar lampiran LSK yang lama?
Sekiranya LSK yang lama sudah diluluskan(approved) oleh BA SWM, anda boleh memadamkan gambar-gambar tersebut. Untuk menyemak samada LSK sudah diluluskan(approved), sila login ke Admin Console melalui PC.
-
Sekiranya saya tersilap melakukan LSK, contoh gambar aktiviti Pemotongan Rumput (PR) dilampirkan pada LSK Pembersihan Jalan (PJ), bagaimana saya boleh betulkan LSK tersebut?
Sekiranya tersilap melakukan LSK, hubungi BA SWM untuk menolak (Reject) LSK tersebut. Setelah LSK tersebut ditolak (Reject), ianya akan dipaparkan di modul LSK Reject untuk tindakan pembetulan oleh pengguna.
LSK Manual Module
-
Bagaimana nak buat LSK Manual?
Langkah 1 - Klik LSK yang terdapat dimenu utama.Langkah 2 - Pilih LSK Manual
Langkah 3 - Tekan butang yang bewarna merah yang berada dibawah untuk pergi ke senarai LSK.
Langkah 4 - Klik mana mana dari senarai untuk membuat LSK.
Untuk penerangan lebih lanjut, sila klik LSK Manual.
-
Berapa hari selepas boleh buat LSK Manual
Sebelum habis 3 hari dan selepas tamat tempoh yang telah diberikan.
-
Gambar boleh ambik dari galeri tak?
Ya. Gambar boleh diambil menggunakan galeri.
-
Jika tarikh dah bertukar ke bulan baru, tapi masih dalam 3 hari, kenapa tak boleh buat LSK Manual?
Kontraktor perlu hubungi Penyelia SWM kawasan atau SWM Operasi.
-
Sekiranya dah lebih 3 hari, apa yang patut kontraktor buat?
Kontraktor perlu hubungi Penyelia SWM kawasan atau SWM Operasi.
LSK Reject Module
-
BBA SWM beritahu bahawa LSK company saya ada LSK yang telah direject tetapi bila saya check di aplikasi mResponz di telefon saya, tiada LSK yang direject di modul LSK Reject.
LSK yang direject hanya boleh disemak di aplikasi menggunakan ID yang melakukan LSK tersebut. Contoh ID super210061 melakukan LSK 43335132 dan LSK itu telah direject. Hanya ID super210061 boleh melihat dan melakukan pembetulan LSK yang direject di modul LSK Reject.
NTC Module
-
Adakah Aplikasi v4 tidak menyokong e-NTC V3?
Ya. Apps v4 tidak support e-NTC V3. Sila klik e-NTC v3 untuk penerangan lebih lanjut.
-
Boleh kah saya menyertakan Lampiran (gambar) dari Galeri telefon semasa melakukan NTC Tindakan?
Tidak. Di telefon, hanya Lampiran (gambar) di ambil terus menggunakan kamera sahaja boleh disertakan pada NTC Tindakan. Walaubagaimanapun, dengan login ke Admin Console melalui PC, Lampiran (gambar) boleh disertakan dari Galeri atau dari dalam PC tersebut.
Lain-lain
-
Saya sudah login ID Admin di PC pejabat. Bolehkah saya login ID Admin di laptop atau mana-mana PC yang lain?
Boleh. Anda cuma perlu layari laman web mResponz kontraktor portal dan login seperti biasa.
-
Saya dapati aplikasi mResponz V4 tiada modul Laporan Halangan seperti di versi terdahulu. Apa patut saya lakukan sekiranya saya menghadapi masalah untuk menyiapkan kerja-kerja di lapangan contohnya hujan lebat atau berlakunya halangan seperti bencana alam?
Ya, aplikasi mResponz V4 tiada modul Laporan Halangan seperti versi sebelumnya. Sekiranya terdapat kesulitan atau halangan untuk menyiapkan kerja-kerja di lapangan, maklumkan kepada Penyelia SWM dan isi Borang Halangan yang boleh didapati Pejabat SWM yang terdekat. Sekiranya kerja-kerja di lapangan boleh dilakukan atau disambung semula pada keesokan hari, gunakan modul LSK Manual untuk melakukan LSK pada keesokan hari bagi iJadual yang terlepas.
-
Saya dapati aplikasi mResponz V4 tiada modul Laporan Halangan seperti di versi terdahulu. Apa patut saya lakukan sekiranya saya menghadapi masalah untuk menyiapkan kerja-kerja di lapangan contohnya hujan lebat atau berlakunya halangan seperti bencana alam?
Ya, aplikasi mResponz V4 tiada modul Laporan Halangan seperti versi sebelumnya. Sekiranya terdapat kesulitan atau halangan untuk menyiapkan kerja-kerja di lapangan, maklumkan kepada Penyelia SWM dan isi Borang Halangan yang boleh didapati Pejabat SWM yang terdekat. Sekiranya kerja-kerja di lapangan boleh dilakukan atau disambung semula pada keesokan hari, gunakan modul LSK Manual untuk melakukan LSK pada keesokan hari bagi iJadual yang terlepas.