Transaksi adalah satu fungsi yang akan memaparkan tugas anda pada hari ini.
Ia boleh mengesan jika data atau gambar anda tidak dapat dihantar dan menyenaraikan aktiviti anda di paparan BELUM MUATNAIK.
Jika anda ingin melihat aktiviti pada tarikh lain, anda boleh menukar tarikh di kalendar.

Transaksi (Belum muatnaik)

Anda perlu memuatnaik semua aktiviti anda yang tidak dapat dihantar.

Langkah 1

Klik anak panah di bawah belum muatnaik di menu utama seperti yang ditandakan dimenu utama.

Langkah 2

Senarai transaksi (belum muatnaik) akan terpapar.
Sila klik butang berbentuk awan disebelah kiri senarai untuk memuatnaik semula.

Langkah 3

Senarai yang telah berjaya di muatnaik akan terus pergi ke transaksi (selesai muatnaik).
Jika tidak berjaya sila ulang langkah ini semula. Jika masiih tidak berjaya :-

  1. Sila restart telefon bimbit anda.
  2. Sila pastikan rangkaian internet anda kuat dan masih ada quota.
  3. Pastikan storan telefon bimbit ada masih banyak.

Transaksi (Selesai muatnaik)


Langkah 1

Klik anak panah di bawah belum muatnaik di menu utama seperti yang ditandakan dimenu utama.

Langkah 2

Jika data atau gambar aktiviti anda tiada, tetapi sudah masuk didalam senarai transaksi (selesai muatnaik), sila tekan butang berbentuk awan disebelah kiri senarai untuk memuatnaik semula.

Langkah 3

Jika anda ingin melihat aktiviti anda telah berjaya dihantar ke server, anda boleh klik butang yang berwarna hijau di bawah paparan transaksi (selesai muatnaik).

Langkah 4

Senarai aktiviti anda pada hari ini yang telah berjaya dihantar akan dipaparkan.